ENGLAND – Jurgen Klopp memberi amaran kepada pemain Liverpool yang Manchester City boleh menghasilkan ‘petir’ di Etihad malam esok.
Liverpool akan bertandang ke Manchester untuk bertemu the Citizen dalam aksi timnal balik aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Pada perlawanan pertama, Liverpool menang 3-0 di Anfield.
Namun Klopp yang menyaksikan aksi Liga Perdana Inggeris antara Man United dan Man City menyifatkannya sebagai babak pertama yang sangat hebat.
“Apabila Man City jaringkan dua gol, ia menunjukkan pasukan kita tiada jaminan mara ke separuh akhir.
“Saya menoton perlawanan itu, ia antara separuh masa pertama terbaik, pemain City licik seperti ‘petir’.
“Saya boleh minta anak murid saya supaya jaringkan gol awal tetapi belum pasti sejauh mana ia boleh bantu kami dapatkan hasilnya,” tegas beliau.
Katanya, apabila memasuki babak kedua, permainan sudah berubah apabila selepas man Unite buka jaringan, pasukan lawan hilang momentum perlawanan.
Klopp mempunyai rekod kemenangan terbaik ke atas skuad iaitu tujuh kemengan.
“Rancangan kami tidak mahu membolos gol dari City, sebaliknya mahu menjaringkan gol,” katanya.
Walaupun begitu kunjungan the Reds dalam aksi EPL ke Etihad pada September lalu telah dibelasah 5-0.
Klopp berjanji akan mengelak mimpi ngeri itu berulang pada esok.- MalaysiaGazette