
JAKARTA – Sekurang-kurangnya 45 orang maut dan berpuluh-puluh lagi dirawat di hospital selepas mengambil minuman beralkohol yang dihasilkan secara haram.
Jumlah mangsa yang maut mungkin meningkat dengan kematian yang direkodkan di Jakarta, barat Jawa dan Papua sejak beberapa hari kebelakangan ini, kata polis.
Alkohol yang dibeli di pasaran gelap itu dipercayai mengandungi sejumlah besar metanol.
Polis melakukan serbuan di sebuah hartanah di seluruh negara dan sekurang-kurangnya sembilan orang telah ditangkap.
Insiden itu merupakan krisis alkohol terburuk sejak beberapa tahun ini.
Ia bukan kejadian pertama seumpama ini kerana pada tahun 2016, sekurang-kurangnya 24 orang membeli alkohol yang diperbuat daripada ethanol, air dan buah-buahan secara haram
Pada tahun 2014, lebih berpuluh-puluh orang di Indonesia maut kerana mengambil minuman sama. – MalaysiaGazette