Home Nasional Akta Antiberita Tidak Benar terima perkenan Yang di-Pertuan Agong

Akta Antiberita Tidak Benar terima perkenan Yang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan tetamu ketika hadir pada Hari Wartawan Nasional 2017/2018 di Menara MATRADE, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhamad ke V telah memperkenankan kelulusan Akta Antiberita Tidak Benar yang dibawa oleh kerajaan.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kepada beliau bahawa perkara itu telah diluluskan oleh Istana Negara hari ini.

“Saya telah dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Akta Antiberita Tidak Benar telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong dan digazetkan pada hari ini,” katanya dalam ucapan perasmian ketika merasmikan Hari Wartawan Nasional 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade hari ini.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 April lalu dan dibawa ke Dewan Negara beberapa hari sebelum tamatnya persidangan Parlimen minggu lalu.

Menurut Najib, Akta Antiberita Tidak Benar menunjukkan satu keseriusan kerajaan bagi menguruskan penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden kini.

“Merujuk perkara itu juga, saya mengambil maklum bahawa, terdapat beberapa ahli wartawan yang mula merasa bimbang bahawa akta baru ini akan digunakan untuk menghalang kebebasan mereka dalam melaporkan berita,” katanya. – MalaysiaGazette