Home Ekonomi BNM tambah dua lagi laman web dalam senarai amaran

BNM tambah dua lagi laman web dalam senarai amaran

BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Bank Negara Malaysia memperbaharui senarai amaran pengguna kewangannya dengan menambah Financial.org Malaysia dan Time Travel & Explorer Sdn Bhd.

Bank Negara dalam laman webnya berkata,  kedua-dua syarikat itu tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh bank pusat berkenaan.

Ia merupakan senarai terkini terdiri daripada 416 syarikat namun senarai itu masih tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima.

Laman web Financial.org Malaysia bagaimanapun sudah tidak dapat diakses. Bank Negara berkata senarai itu akan dikemas kini secara kerap untuk rujukan awam.

Menurut laporan Reuters pada 15 Mac, Financial.org, yang menggambarkan dirinya sebagai perniagaan pendidikan, tidak berada di dalam senarai syarikat yang diberi kuasa awam dan dikawal oleh Pihak Berkuasa Perundangan Kewangan (FCA) untuk membeli dan menjual saham atau bon untuk pelanggan.

Menawarkan perkhidmatan pelaburan tanpa izin pengawalseliaan adalah kesalahan jenayah di Britain.

Katanya, pemantau kewangan Britain sedang menjalankan siasatan ke dalam sebuah syarikat yang tidak dikawal yang menaja pasukan Formula Satu dan telah menarik pelabur dari negara-negara di seluruh Asia, menurut sumber yang arif mengenai perkara tersebut.

Reuters  melaporkan, Financial.org yang berpangkalan di United Kingdom memberitahu pelabur bahawa ia akan menutup akaun mereka dan mengambil 20 peratus daripada wang mereka jika pelaburan minimum tidak dinaikkan kepada AS$10,000 dari  AS$ 3,000, menurut notis yang dipaparkan di laman webnya dan tujuh pelabur dari China, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, UAE dan Vietnam.

Reuters melaporkan pada bulan Januari bahawa Financial.org menguruskan ratusan ribu dolar untuk pelabur Asia walaupun ia tidak dilesenkan untuk melibatkan diri dalam transaksi kewangan. Pelabur berkata wang mereka telah dilaburkan dalam stok AS.-MalaysiaGazette