Home Ekonomi LPPSA terbit sukuk keempat RM3b

LPPSA terbit sukuk keempat RM3b

KUALA LUMPUR –  Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah berjaya menerbitkan Sukuk siri keempat Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) berjumlah RM3 bilion yang membentuk sebahagian daripada RM25 bilion Program Nota Jangka Pendek Islam/Kertas Komersial Islam LPPSA yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Permintaan yang kukuh menunjukkan bukti kredibiliti LPPSA sebagai penerbit sukuk di pasaran dengan kedudukan kredit yang kukuh dan stabil.

Sukuk diterbitkan untuk membiayai penyediaan pembiayaan perumahan kepada sektor awam.

Ditawarkan melalui proses buku tempahan dan penemptan swasta, Sukuk yang diterbitkan dalam jangka masa 5 tahun kepada 15 tahun itu telah ditawarkan pada harga 4.10% kepada 4.54% setahun sepanjang tempoh tersebut.

LPPSA merupakan sebuah badan berkanun yang diasingkan saraan dan bebas sepenuhnya di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Affin Hwang Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad, OCBC Bank (M) Berhad dan RHB Investment Bank Berhad merupakan pengurus utama bersama dan penaja bersama tempahan untuk aktiviti buku tempahan.

Manakala CIMB Investment Bank Berhad adalah Agen Kemudahan dan RHB Islamic Bank Berhad adalah Penasihat Syariah bagi Program Pembiayaan ini. – MalaysiaGazette