Home Dunia Yulia tolak bantuan Rusia

Yulia tolak bantuan Rusia

Yulia Skripal

LONDON – Yulia Skripal, anak bekas perisik Rusia yang terkena serangan agen saraf bulan lalu menolak sebarang bantuan daripada Kedutaan Rusia buat masa ini.

Wanita yang berusia 33 tahun itu telah keluar hospital sejak Isnin lalu.

Yulis berkata, bapanya, Sergei Skripal masih dalam keadaan serius.

Dalam kenyataan yang diterbitkan melalui polis, Yulis berkata, beliau belum cukup kuat untuk memberi wawancara tetapi ‘tidak ada pihak lain bercakap bagi pihak saya dan ayah saya”.

Dua beranak itu ditemui terjatuh di sebuah bangku di taman dekat Salisbury pada 4 Mac lalu.

Yulia dan Skripal, 66, telah dikenal pasti telah terkena pendedahan agen saraf toksik Novichok.

Wanita itu memberitahu, dia berada dalam kehidupan berbeza berbanding sebelum ini.

Dia kini ditempatkan di lokasi selamat dan diawasi oleh pegawai terlatih yang membantu menjaganya dan menerangkan proses yang telah dilaku

Kedutaan Rusia telah memaklumkan mereka memerlukan bukti segera apa yang telah dilakukan terhadap Yulia.

Yulia berkata: “Saya mempunyai akses kepada keluarga dan kawan-kawan dan saya telah dimaklumkan oleh pihak di Kedutaan Rusia yang menawarkan bantuan.

“Buat masa ini saya tidak mahu perkhidmatan ditawarkan tetapi jika saya berubah fikiran saya tahu bagaimana untuk mendapatkan mereka”.

Kerajaan Rusia menafikan sebarang pembabitan dalam serangan itu. – MalaysiaGazette