Home Nasional Laluan kontra di persimpangan bertingkat KLIA mulai Isnin ini

Laluan kontra di persimpangan bertingkat KLIA mulai Isnin ini

logo plus

KUALA LUMPUR – Satu laluan kontra akan dibuka di KM32.5 hingga KM34.5 di antara Persimpangan Bertingkat KLIA ke Nilai Utara, di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 16 April (Isnin) hingga 30 April 2018 bermula jam 10.30 malam sehingga 5 pagi.

Laluan itu diadakan bagi membolehkan kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan di satu persimpangan bertingkat yang baharu di kawasan terbabit, kata PLUS Malaysia.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan. – MalaysiaGazette