Home Politik PAN umum 13 calon di Kedah, Mahfuz pertahan Pokok Sena

PAN umum 13 calon di Kedah, Mahfuz pertahan Pokok Sena

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

ALOR SETAR – Seramai 13 calon diumumkan Parti Amanah Negara (PAN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum 9 Mei nanti, tiga daripada adalah calon Parlimen dan 10 adalah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Nama-nama calon diumumkan Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam satu program di Hutan Kampung semalam yang dihadiri oleh calon dan penyokong ahli.

Daripada senarai tersebut, penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan mempertahankan kerusi yang ditandinginya semasa bersama Pas sebelum ini.

PAN juga akan meletakkan calon mereka di Parlimen Padang Terap dan Sik, masing-masing akan ditandingi Mohd Khairizal Khazali dan Azli Uda.

Calon-calon DUN pula; Kota Siputeh (Dr Salmee Said), Alor Mengkudu (Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi), Kubang Rotan (Mohd Asmirul Anuar Aris), Pengkalan Kundur (Datuk Dr Ismail Salleh), Tokai (Mohd Firdaus Jaafar), Sungai Limau (Zahran Abdullah), Belantek (Abdul Rashid Abdullah), Pantai Merdeka (Rosli Yusof), Kupang (Johari Abdullah) dan Merbau Pulas (Abdul Razak Salleh).

Mohamad berkata, terdapat muka baharu dan lama dalam senarai calon PAN yang masuk bertanding buat kali pertama namun mengakui keputusan tersebut tidak akan dapat persetujuan 100 peratus.

“Ya ada muka baharu dan ada muka lama, seimbang… pastinya keputusan memilih calon ini tidak mendapat sokongan 100 peratus tapi pemilihan dibuat secara merit,” kata beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.