Home Utama Fitnah boleh undang perpecahan umat Islam

Fitnah boleh undang perpecahan umat Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Sambutan Israk Mikraj Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Abidin, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 14 APRIL 2018

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, budaya fitnah dan sering bertelagah sesama sendiri akan mengakibatkan umat Islam di seluruh dunia berpecah.

Malah katanya sekiranya unsur-unsur negatif ini tidak ditangani segera maka isu terbabit itu boleh menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat sejagat dan negara Malaysia khususnya.

“Hari ini 1.8 bilion umat Islam yang mewakili jumlah besar masyarakat Islam namun jumlah besar itu sering fitnah dan berpegang dan bertelagah sesama sendiri sehingga undang perpecahan.

“Dalam Islam ada perbezaan yang dibenarkan bagaimanapun perpecahan umat amat dilarang kerana boleh menghancurkan negara,” katanya dalam ucapan sempena merasmikan majlis sambutan Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439H/ 2018M.

Ia diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Lebih seribu umat Islam hadir memeriahkan sambutan di peringkat kebangsaan itu.

Menurut perdana menteri, usaha pendamaian antara negara-negara perlu diusahakan dan langkah pertama adalah dalam agenda pembebasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmadis.

“Jumlah umat Islam dunia akan cecah 3 bilion pada 2030. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu tingkat iltizam dan giatkan usaha bantu perjuangan pembebasan Masjid Al- Aqsa dengan pelbagai usaha dan kemampuan yang ada,” katanya lagi.

Justeru itu, kata Najib, rakyat di negara ini dinasihatkan agar terus istiqamah untuk mempertahankan negara dari tangan-tangan zionis yang mempengaruji pertubuhan termasuk parti politik.

“Jangan kita terkejut kerana ada tangan tangan zionis dalam beberapa pertubuhan termasuk pertubuhan politik yang mahukan kemenangan kerana cita cita menguasai negara.

“Timbul polemik dan isu untuk lemahkan Islam di Malaysia,” katanya lagi.

Najib turut berkata niat dan agenda Zionis itu harus harus ditentang dan disekat habisan kerana akan menjejaskan masa depan negara demi kepentingan peribadi sesetengah pihak. -MalaysiaGazette

+ posts