MOSCOW – Bahan yang dikemukakan Rusia terhadap kemalangan pesawat MH17 di timur Donetsk, Ukraine dikira samada ia sebagai bahan asas ataupun terpilih yang tidak diendahkan oleh pihak terbabit, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov selepas bertemu dengan rakan sejawatnya dari Belanda, Stef Blok.
“Fakta, pendapat dan komen kami tidak diambil kira oleh Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) dan bahan tersebut yang dipindahkan oleh kami dianggap sebagai bahan asas atau terpilih atau sahaja tidak diendahkan,” kata diplomat kanan Rusia itu seperti dipetik TASS.
Lavrov berkata, Rusia memberi jawapan kepada semua soalan berkaitan kemalangan tersebut yang dikemukakan Pejabat Pendakwaraya Belanda tanpa sebarang pengecualian.
“Malah kami memberi bantuan kepada penyiasatan semasa peringkat teknikal. Kami terus menyediakan bantuan ketika siasatan masih berjalan,” kata Menteri Luar Rusia itu.
Pesawat Boeing, B777 milik Malaysia Airlines yang membawa 298 penumpang, termasuk anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di wilayah Donetsk.
Kesemua penumpang terkorban dalam insiden pada 17 Julai 2014.
Ukraine dan puak pemisah Rusia, Donetsk People’s Republic menyalahkan antara satu sama lain sebagai pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat penumpang itu.
Lavrov berkata, ‘terdapat banyak maklumat penting’ termasuk pemerhatian data radar yang tidak diproses ketika kemalangan yang membabitkan pesawat Malaysia Airlines itu.
“Data ini jelas menunjukkan arah mana peluru berpandu terbang dan dari arah mana ia tidak boleh terbang,” kata Lavrov.
Menurut Menteri Luar Rusia itu, ‘data tersebut tidak boleh dipalsukan dan diubah’ dan ia ‘jelas menunjukkan ketiadaan peluru berpandu dari arah di mana ia dilancarkan pada pandangan pasukan ini’.
“Dalam jawapan balas, jawapan balas yang diberi pada tempoh yang sangat lama, mereka memberitahu kami bahawa ia bukannya seperti itu dan terdapat dua pakar bebas yang nama mereka tidak didedahkan kepada kami yang menyatakan selepas memeriksa data radar objektif kami bahawa radar kami tidak dapat mengesannya kerana ia terbang pada kelajuan yang pantas,” katanya.
“Kenyataan yang tidak masuk akal ini jelas daripada para pakar.
“Ia merupakan punca mengapa soalan timbul apabila pihak Rusia dipersalahkan sebulat suara daripada pendakwaraya bebas yang menjalankan siasatan dalam jawapan balas kepada ‘data objektif yang dikenalpasti scara saintifik’,” kata Lavrov. – Agensi