Home Politik Pembahagian kerusi MIC sudah 85 peratus selesai

Pembahagian kerusi MIC sudah 85 peratus selesai

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam bercakap kepada media pada Majlis Pecah Tanah dan Naik Taraf Hospital Kajang di Hospital Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2018

KAJANG – Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata rundingan pembahagian kerusi parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) sudah hampir selesai.

Malah katanya, terdapat beberapa kerusi yang masih menjadi perebutan dan akan dimuktamadlan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak dalam masa beberapa hari lagi.

“Rundingan kerusi MIC dalam BN masih berjalan.

“Sudah 80 hingga 85 peratus sudah diselesaikan. Satu dan dua kerusi masih lagi dalam perbincangan untuk diselesaikan,” katanya selepas selesai mengiringi Najib pada Majlis pecah tanah projek naiktaraf Hospital Kajang bagi mendirikan kompleks wanita dan kanak-kanak di Sungai Jelok, Kajang hari ini.

Difahamkan beberapa kerusi menjadi isu panas dalam BN antaranya Parlimen Hulu Selangor dan Cameron Highlands.

Sebelum ini, MIC bertegas mahu mempertahankan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada PRU13.

Pada PRU13, MIC hanya meraih empat kerusi Parlimen dan lima ketika DUN. -MalaysiaGazette