Home Dunia Perisik Rusia sasar emel Yulia sejak 2013

Perisik Rusia sasar emel Yulia sejak 2013

Sergei Skripal

LONDON – Agensi-agensi perisikan Rusia telah mensasarkan akaun emel Yulia Skripal seawal tahun 2013, menurut penasihat keselamatan nasional United Kingdom.

Dalam sepucuk surat kepad NATO, Sir Mark Sedwill mendakwa, akaun emal Yulia menjadi sasaran pakar siber GRU, yang merujuk kepada agensi perisikan tentera asing Rusia.

Rusia, dakwanya turut melatih unit khas untuk menggunakan agen saraf yang diletakkan pada pemegang pintu.

Polis berkata, agen saraf ditemui di pintu depan kediaman Sergei Skripal di Salisbury.

Bagaimanapun, Kerajaan Rusia menafikan penglibatannya dalam serangan pada 4 Mac lalu.

Yulia, 33, dan ayahnya, Skripal, 66, ditemui terbaring di atas bangku di sebuah taman selepas terdedah dengan agen saraf daripada kumpulan Novichok.

Analisis itu telah disokong oleh pemerhati senjata kimia antarabangsa.

Buat masa ini Skripal masih dirawat di Hospital Daerah Salisbury manakala Yulia sudah dibenarkan keluar sejak Isnin lalu.

Surat Mark kepada Setiausaha NATO, Jeneral Stoltenberg itu adalah yang pertama daripada Kerajaan United Kingdom berhubung dakwaan maklumat tentang Rusia berhubung keluarga Skripal.

Polis berkata, pihaknya telah berjaya mengesan agen saraf di beberapa lokasi di Salisbury pada tahap rendah, susulan serangan tahap tinggi di depan pintu rumah Skripal.

Sir Mark berkata, Skripal yang terlibat dalam pada tahun 2010 selepas disabitkan menyebarkan maklumat ke United Kingdom, boleh dianggap sebagai “sasaran yang sah” untuk “pembunuhan yang ditaja oleh negara” oleh Rusia.

Selain itu, katanya, Kerajaan Britain telah menilai bahawa Rusia mempunyai cara teknikal, pengalaman operasi dan motif serangan terhadap Skripals dan kemungkinan besar negara Rusia bertanggungjawab.

“Tidak ada penjelasan alternatif yang munasabah,” katanya. – MalaysiaGazette