Home Nasional PM bangga dengan Chong Wei

PM bangga dengan Chong Wei

GOLD COAST, 15 April -- Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei bersama pingat emasnya selepas menewaskan K Srikanth dari India di Carrara Sports and Leisure Centre sempena Sukan Komanwel hari ini.?Chong Wei menang dengan 19-21, 21-14 dan 21-14. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 hari ini.

“Hebat Dato’ @LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018,” menurut Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter beliau.

Chong Wei menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India 19-21, 21-14, 21-14, sekali gus mengumpul pingat emas ketika dalam edisi Sukan Komanwel untuk acara perseorangan lelaki.

Pingat emas pertama Chong Wei diraih pada tahun 2006 dan kali kedua pada 2010. – MalaysiaGazette