Home Ekonomi Kadar pengangguran susut 3.3 peratus

Kadar pengangguran susut 3.3 peratus

Temuduga secara bersemuka bukan lagi pilihan bagi membendung penularan pandemik Covid-19. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran Malaysia susut kepada 3.3 peratus pada Februari 2018, turun 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran pada Februari 2018 juga susut 0.2 peratus berbanding tahun lalu,  menurut Jabatan Perangkaan.

Jumlah pekerja meningkat 0.3 peratus pada Februari 2018 kepada 15.23 juta berbanding 15.19 juta sebulan sebelumnya.

Sementara kadar penyertaan tenaga pekerja pada Februari 2018 kekal pada 68.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Berdasarkan perbandingan tahunan ke tahun, kadar penyertaan tenaga kerja pada Februari 2018 meningkat 0.4 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu, katanya.

Sebanyak 31.8 peratus atau 7.11 juta penduduk dalam umur bekerja (15-64 tahun), berada di luar tenaga pekerja pada Februari 2018.

Prestasi itu meningkat daripada 7.07 juta pada bulan sebelumnya.

Kumpulan ini terdiri daripada suri rumah, pelajar, pesara dan mereka yang tidak berminat untuk bekerja. – MalaysiaGazette