Home Sukan Misi berjalan solo sejauh 1,800 km

Misi berjalan solo sejauh 1,800 km

Muhammad Syazwan Shafie akan menyertai Nu Prep Tiger Walk Solo Endurance pada Jun ini.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan penghantaran, Muhammad Syazwan Shafie akan memulakan misi berjalan kaki secara solo sejauh 1,800 kilometer (km) di seluruh Semenanjung Malaysia pada Jun ini.

Beliau yang berusia 27 tahun terpanggil untuk menjayakan misi yang dikenali Nu Prep Tiger Walk Solo Endurance kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu selain mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa.

“Misi berjalan kaki secara solo ini juga adalah cabaran kali pertama dilakukan saya. Justeru pelbagai persediaan akan dibuat  dari segi fizikal dan mental.

“Ini kerana saya bakal berdepan sebarang cabaran sepanjang acara berlangsung selama 30 hari dan banyak kemungkinan boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Nu Prep Tiger Walk Solo Endurance itu yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics Malaysia Berhad, Tengku Shahrir Tengku Adnan di sini baru-baru ini.

Pada majlis sama, turut dilancarkan peraduan Nu Prep RM100,00 Golden Key.

Menerusi misi itu, Muhammad Syazwan akan mewakili produk Nu Prep dalam usaha menyebarkan manfaat Nu Prep dan Tongkat Ali bagi menggalakkan orang ramai meningkatkan stamina mereka dengan cara yang sihat dan berkesan.

Sementara itu, peraduan Nu Prep RM100,00 Golden Key telah bermula pada 5 April lalu hingga 20 Jun ini.

Bagi setiap pembelian produk Nu Prep Pek 30 Kapsul dan Pek 60 Kapsul,pembeli akan mendapat satu kunci. Hanya satu kunci yang bertuah boleh digunakan untuk membuka peti besi yang berisi wang tunai berjumlah RM100,000.

Pembelian atas talian hanya boleh dibuat menerusi laman sesawang www.biotropicsmalaysia.com atau laman media sosial Facebook, Biotropics Malaysia Berhad

Selepas peraduan berakhir, pihak penganjur akan mengadakan satu majlis untuk pemilik kunci mencuba nasib membuka peti besi. Jika kunci itu dapat membuka peti besi berkenaan, wang tunai RM100,000 menjadi milik pemenang. – MalaysiaGazette

Dalam pada itu, Nu Prep adalah suplemen kesihatan yang mengandungi 100% ekstrak Tongkat Ali tulen yang dipiawaikan dan larut air yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),  sijil pengiktirafan ISO, Amalan Pengilang Terbaik (GMP) dan perakuan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta US Food & Drug Administration.

Produk suplemen untuk kecergasan sepanjang hari baik lelaki mahupun wanita telah berada di pasaran sejak 2013 dan menguasai kira-kira 50 peratus dalam pasaran tempatan.

Ia terbukti secara klinikal untuk menjana tenaga berkekalan, meningkatkan tenaga dan stamina, di samping mengatasi kelesuan dan melancarkan peredaran darah. – MalaysiaGazette