LONDON – Dua orang maut ditikam di London dalam serangan berasingan dalam tempoh 40 minit.
Seorang lelaki berusia 26 tahun meninggal dunia di hospital selepas diserang di Colindale, London, manakala seorang wanita berusia 30-an meninggal dunia di Brixton, selatan London.
Seorang lelaki berumur 18 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas kejadian ketiga yang berlaku tiga jam kemudian.
Semua kejadian berlaku pada hari Ahad.
Lebih 35 orang maut ditikam di London sejak awal tahun ini.
Seorang wanita, 34, ditangkap kerana disyaki membunuh di tempat kejadian serangan Colindale.
Polis berkata mereka dipanggil pada 5.58 pada petang Ahad berikutan kes tikaman di Zenith Close dan apabila tiba di sana mendapati seorang lelaki yang mengalami luka dan meninggal dunia di hospital pada malam itu.
Polis berkata, mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain.
Seorang lelaki berusia 20an juga telah ditangkap kerana disyaki membunuh di Brixton.
Polis menerima panggilan untuk ke sebuah rumah di Sudbourne Road, yang mana seorang wanita berusia 30an telah diserang. Mangsa mati di tempat kejadian, kata polis.
Dalam serangan berasingan di Alexandra Palace Way, Haringey, 19 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat.
Dalam serangan lain hari ini, seorang remaja yang dipercayai berusia sekitar 17 tahun dibawa ke hospital ditikam di Head Street, Limehouse, di timur London.
Polis telah mengepung kawasan tersebut tetapi setakat ini tiada tangkapan di buat. – MalaysiaGazette