KUALA LUMPUR – Pelakon, Nora Danish baru sahaja melahirkan anak lelaki hasil perkahwinannya bersama Nedim Nazri.
Mohamed Neqayl kini berumur lebih 50 hari itu malangnya sudah menjadi mangsa buli siber oleh sesetengah netizen yang menghina rupanya dan menyifatkannya tidak comel.
Nora mengakui terkesan dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan sehingga menyebabkannya menangis.
“Saya juga manusia biasa yang mana bila melihat atau membaca orang yang mengutuk diri saya fizikal muka macam babi dan sebagainya saya boleh menerima.
“Tetapi untuk anak saya yang baru dilahirkan suci seperti kain putih untuk netizen di luar sana bukannya banyak pun segelintir sahaja yang bercakap demikian kata anak saya begitu begini sudah tentu saya menangis,” katanya ketika ditemui di pelancaran Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di sini hari ini.
Tambah Nora, 36, walaupun sudah lali dengan kecaman netizen sebagai anak seni namun dia sensitif apabila ia melibatkan anaknya yang masih kecil.
“Emosi sangat semestinya suami saya cakap kenapa perlu ambil serius dia kata patutnya saya dah tahu semua ini dan mesti kebal,” tambahnya.
Justeru, Nora teruja untuk menjadi sebahagian daripada barisan selebiriti untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa media sosial perlu digunakan secara berhemah.
Ujarnya lagi, generasi muda yang dilahirkan dengan teknologi canggih dan media sosial perlu dididik khususnya apabila melibatkan tentang isu masyarakat.
“Sebab itu saya semangat untuk bersama-sama dengan kempen ini. Ianya untuk memastikan tidak terjadi lagi dan sama-sama kita.
“Kami ni generasi Y kami tahu nak tapis apa benda perlu cakap dan apa yang tak perlu cakap tapi generasi muda yang lahir dengan media sosial ini mereka hidup dengan media sosial mereka tidak ada kesedaran untuk mengingatkan diri sendiri,” katanya lagi.-MalaysiaGazette