Home Nasional Selebriti perlu bantu kerajaan kekang berita palsu

Selebriti perlu bantu kerajaan kekang berita palsu

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak (tengah) beramah mesra dengan sebahagian selebriti yang terlibat pada Pelancaran Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di KLPAC, Sentul. foto FAREEZ FADZIL, 17 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Usaha selebriti terlibat dalam kempen berita palsu merupakan kesinambungan yang positif selepas perlaksanaan Akta Antiberita Palsu 2018 yang diwartakan oleh kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, gerakan mereka akan membantu  usaha kerajaan menyebarkannya kepada masyarakat.

“Hari ini saya telah diberi penghormatan untuk  melancarkan kempen melawan berita palsu yang terdiri daripada selebriti.

“Saya amat berterima kasih atas kesungguhan mereka membantu usaha kita memerangi berita palsu,” katanya semasa merasmikan Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di sini hari ini.

Salleh juga menegaskan, kempen seperti itu perlu dilakukan secara meluas seluruh kerana ia melibatkan masyarakat.

Tambahnya amalan sekumpulan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan media sosial untuk bukan sahaja memfitnah dalam masa membuli perlu dihentikan. 

“Tujuan kita memerangi berita palsu kerana ianya boleh melibatkan semua rakyat Malaysia tidak kira apa kedudukannya dan penting bagi kita bersama-sama menentukan agar berita palsu ini tidak menjadi budaya kita di Malaysia ini,” katanya lagi. 

Terdahulu Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu dilancarkan itu mengenegahkan selebriti seperti Neelofa, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Maya Karin, Nora Danish, Shahrul Shiro, Alex Yoong, Kavita Sidhu, Caprice dan Joe Flizzow.

Kempen yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu diadakan secara konsisten mendidik masyarakat tentang hak-hak melindungi diri dari buli siber dan penyebaran maklumat palsu. -MalaysiaGazette