KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO dinasihatkan supaya akur dan menyokong penuh sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bandar Tun Razak (BTR).
Presiden Media Tentera Rakyat (MTR), Mohd. Ali Baharom menegaskan, sekiranya ada sabotaj dan cubaan pihak dalaman parti menentang, ia perlu ditangani segera.
“Bandar Tun Razak ini sudah lebih sembilan tahun dikuasai pembangkang dan jika esok ada suara-suara mempertikaikan pemilihan calon baharu kita mesti halang.
“Kita kena hormat pilihan pucuk pimpinan. Kita kena hormat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju.
Ali yang juga salah seorang ketua penerangan UMNO di BTR dan Presiden NGO No 1 Malaysia itu ditemui selepas mengadakan majlis perjumpaan bersama kira-kira 40 ahli MTR cawangan BTR di sini hari ini.
Walaupun tidak menyebut siapa calon BN tersebut namun Ali Tinju sudah pasti merujuk kepada pencalonan UMNO bahagian itu menamakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Persiaran Kilang, Adnan Seman sebagai calon BN di BTR.
Pemilihan calon BN sebelum ini menjadi kontroversi di BTR selepas ketua bahagian UMNO kawasan itu, Datuk Rizalman Mokhtar yang sebelum itu disebut-sebut menjadi calon terpalit dengan insiden penahanan di sebuah kelab dan dakwaan terlibat kes dadah.
Walaupun Rizalman berjaya ‘membersihkan’ namanya tetapi terpaksa menerima hakikat digugurkan sebagai calon dan akur dengan pemilihan Adnan kerana peguam muda itu juga mewakili UMNO.
Sebelum itu, UMNO bahagian berkenaan bekerja keras untuk menjadikan wakil parti itu menggantikan calon MCA yang kalah dalam dua PRU sebelum ini di Parlimen BTR.
Dalam pada itu, Ali Tinju juga menafikan beliau ada sebarang dendam peribadi dengan Rizalman sebelum ini malah bersyukur kerana kemelut pemilihan calon BTR akhirnya dapat diselesaikan segera.- MalaysiaGazette
Peguam muda calon BN Parlimen BTR?
Jgn sabotaj or kurang keyakinan pd calon baru btr .kita bagi
Peluang pada ank muda menerajui dgn education nya yg tgii kita yakin beliau seorg yg bole menang di btr .sama2 kita bg sokongan dan kerjasama.