SINGAPURA – Harga minyak dunia pada dagangan hari ini kekal hampir pada paras tertinggi yang pernah direkodkan pada pada akhir 2014.
Kenaikan itu disokong oleh penyusutan inventori mentah Amerika Syarikat dan Arab Saudi terus mengawal bekalan bagi menangani lebihan bekalan dalam pasaran.
Niaga hadapan minyak Brent diniagakan pada AS$73.79 setong, naik 0.4 peratus berbanding hari penutup. Sementara niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) pula melonjak sebanyak AS$0.29 kepada AS$68.76 setong.
Brent merekodkan paras tertinggi pada hari Rabu sejak November 2014 kepada AS$73.93 setong manakala WTI pula paling kukuh sejak Disember 2014 kepada AS$68.91 setong.
Arab Saudi mahu harga minyak naik antara AS$80 hingg AS$100 setong, yang mana merupakan petunjuk yang Riyadh tidak akan melakukan perubagan dalam rundingan pengurangan bekalan minyak yang diperkenalkan pada tahun lalu untuk memacu harga emas hitam itu. – MalaysiaGazette