Friday, November 15, 2024
Home Nasional Kastam gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM3 juta

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM3 juta

Zulkifli Yahya menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam sidang akhbar hari ini. Gambar Bernama

NILAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 50 kilogram (kg) dadah jenis ketamine bernilai RM3 juta, yang disorokkan di bahagian belakang almari.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguat Kuasa dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, tiga suspek lelaki, dua warga tempatan dan seorang warga Pakistan, berusia 27 hingga 42 tahun, telah ditahan di dua lokasi berasingan.

“Anggota kemudian mengekori kedua-dua suspek ini sebelum menahan mereka di tepi jalan dan hasil pemeriksaan menemukan 25 bungkusan mengandungi serbuk putih disorokkan di bahagian belakang almari kayu tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Zulkifli berkata, serbuk putih itu disyaki dadah jenis ketamine dengan berat kasar anggaran 25kg bernilai RM1.5 juta. – MalaysiaGazette