KUALA LUMPURĀ – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dikhabarkan akan meninggalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.
Menurut sumber, Menteri Besar Perak itu dikatakan akan meninggalkan Pangkor untuk bertanding di Parlimen Lumut tanpa sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sehingga kini, senarai nama calon untuk Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) masih belum dimuktamadkan di Perak.
Menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, senarai nama calon parti itu akan diumumkan oleh Pengerusi BN di negeri-negeri.
Ia setelah mendapat persetujuan daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Sekiranya Zambry bertanding di kerusi Parlimen, maka Perak akan mendapat seorang Menteri Besar yang baharu jika BN mengekalkan kekuasaannya namun ia masih menjadi teka-teki.
PRU-14 di Perak juga bakal menyaksikan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Husni Hanadzlah yang meletakkan jawatan sebagai menteri terpilih sekali lagi.
Beliau dilaporkan akan terus kekal sebagai calon BN di Parlimen Tambun bagi mengekalkan penguasaan BN di kawasan berkenaan.- MalaysiaGazette