Home Politik Bekas pengerusi SPR bertanding di DUN Kota Lama

Bekas pengerusi SPR bertanding di DUN Kota Lama

Abdul Rashid Rahman

KOTA BHARU – Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sah bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Ab Rashid, yang juga naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara, dalam sidang media di sini, hari ini.

“Pengumuman ini sekali gus menghentikan spekulasi bahawa saya akan bertanding di beberapa tempat termasuklah di Putrajaya,” katanya.

Hadir sama Pengerusi DAP Kelantan, Chua Chin Sui.

Ab Rashid, yang juga Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, berkata ia merupakan penyertaan pertama beliau dalam kancah politik untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya.-BERNAMA