Home Politik Pas bagi kerusi selamat untuk Tuan Ibrahim

Pas bagi kerusi selamat untuk Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dikatakan akan diberi kerusi selamat di Kelantan pada PRU-14.

Namanya disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Kubang Kerian  iaitu antara kerusi yang pernah diberikan kepada Mohamad Sabu  pada PRU tahun 1995 dan Salahuddin Ayub  pada PRU-12.

Selepas itu, Pas meletakkan anak tempatan, Ahmad Baihaki Atiqulah bertanding di kerusi berkenaan dan memenangi bagi penggal PRU-13.

Dalam PRU-14 ini, nama Ahmad Baihaki telah digugurkan dari senarai penyandang dan akan diletakkan Tuan Ibrahim yang sebelum ini dua kali kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka, Pahang pada PRU-11 dan PRU-12.

Parlimen Kubang Kerian dikatakan selamat bagi Pas kerana kerusi itu tidak pernah dimenangi Barisan Nasional (BN) sejak PRU kelapan lagi.

Sehubungan itu, ada logiknya bagi memastikan riwayat Tuan Ibrahim terus ‘hidup’ dalam parti dan politik, Pas mencarikannya kawasan yang boleh menang walaupun Tuan Ibrahim adalah Pesuruhjaya Pas Pahang.

Dalam tempoh 28 tahun sejak tahun 1990, Parlimen Kubang Kerian dijadikan kerusi untuk pendatang dai Pas seperti Mohamad Sabu dan Salahuddin.

Pada PRU kali ini, beliau dijangka ditentang oleh calon BN, Datuk Muhamad Ghani yang juga Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian.

Setakat ini Pakatan Rakyat (PH) juga menyatakan akan bertanding di kerusi itu yang akan menyaksikan perlawanan tiga penjuru tetapi belum menamakan calonnya. – MalaysiaGazette