Home Ekonomi Rizab antarabangsa naik 2 peratus

Rizab antarabangsa naik 2 peratus

Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$110 bilion setakat 13 April lalu berbanding AS$107.8 bilion pada 30 Mac.

Dalam kenyataannya, bank pusat berkata, rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 7.7 bulan import dan 1.1 kali ganda hutang luar jangka pendek.

Mata wang asing yang mewakili bahagian besar rizab antarabangsa itu berkembang sebanyak AS$103.2 bilion berbanding AS$101.3 bilion dua minggu sebelumnya manakala rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kekal pada AS$800 juta.

Aset keseluruhan BNM adalah RM452.9 bilion pada 13 April manakala matawang dalam pusingan adalah RM106.63 bilion.

Pada 15 Mac 2018, jumlah keseluruhan aset adalah RM448.2 bilion dan matawang dalam pusingan adalah RM106.06 bilion.-MalaysiaGazette