Home Utama Zaid kecewa sikap pimpinan DAP

Zaid kecewa sikap pimpinan DAP

Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Nampaknya Datuk Zaid Ibrahim tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap parti DAP yang disertainya.

Selepas didakwa ‘dipermainkan’ dalam isu menjadi calon PRU-14, barulah beliau faham betapa sombongnya DAP dan kenapa parti itu sukar mendapat sokongan pengundi Melayu.

Menurutnya, beliau tidak marah DAP tidak memilihnya sebagai calon namun mengakui kekecewaannya.

“Betul saya ditawarkan kerusi Gelang Patah pada 12 bulan lepas. Saya teruja kerana ia kawasan bandar dan sesuai untuk saya.

“Tetapi selepas tiga bulan saya diberitahu tawaran bersyarat dan atas sebab tertentu. kemudiannya ditarik balik,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Menurut Zaid, ada juga orang kuat kepimpinan DAP memberitahunya boleh bertanding di Bentong sekiranya berminat.

Bagaimanapun, Zaid merasakan Bentong tidak sesuai dengannya.

“Apabila saya hantar mesej pada 27 Mac kepada orang penting parti bertanya sekiranya ada kerusi untuk saya bertanding, pertanyaan saya langsung tidak dijawab.

“Jadi, ia bukan isu tidak dapat kerusi menganggu saya tetapi sikap yang ditunjukkan,” ujarnya sambil menasihati jangan ada yang mendakwa beliau menerima tawaran bertanding tetapi menolaknya pada masa depan.- MalaysiaGazette