PULAU PINANG – Desas-desus kononnya Lim Kit Siang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terjawab selepas nama beliau tidak tersenarai sebagai calon dalam pengumuman rasmi oleh DAP pagi ini.
Meskipun seramai lapan muka baharu dipertaruhkan DAP pada PRU-14, namun kesemua mereka ialah calon-calon muda termasuk dua wanita.
Dalam pada itu, senarai calon DAP tersebut juga menyaksikan sembilan penyandang digugurkan termasuk dua Exco kerajaan negeri ini.
Mereka ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti iaitu penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng dan Exco Pelancongan yang juga penyandang DUN Batu Lancang, Danny Law.
Turut digugurkan ialah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik serta ADUN Bagan Dalam, A. Thanasekran dan ADUN Pengkalan Kota (Lau Keng Ee).
Pengguguran Hock Seng disifatkan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sebelum ini merupakan individu yang lantang mempertahankan Guan Eng dalam isu kontroversi projek terowong dasar laut.
Bagaimanapun, ketika diajukan perkara itu dalam sidang akhbar kemudiannya, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chan Kon Yeow menjelaskan, Hock Seng bukan satu-satunya Exco yang mempertahankan kerajaan negeri dalam isu tersebut.
Sementara itu, senarai calon DAP Pulau Pinang tersebut turut menyaksikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertahankan kedua-dua kerusinya iaitu Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.
Kon Yeow pula selain akan mempertahankan kerusi DUN Padang Kota, turut bertanding di Parlimen Tanjung.
Berikut adalah senarai penuh calon DAP di Pulau Pinang bagi PRU-14:
Kerusi Parlimen (7):
Bagan – Lim Guan Eng
Bukit Mertajam – Steven Sim
Batu Kawan – P Kasthurirani
Bukit Bendera – Wong Hon Wai
Tanjong – Chow Kon Yeow
Jelutong – RSN Rayer
Bukit Gelugor – Ramkarpal Singh
Kerusi DUN (19):
Sungai Puyu – Phee Boon Poh
Bagan Jermal – Soon Lip Chee
Bagan Dalam – Satees Muniandy
Berapit – Heng Lee Lee
Padang Lalang – Chong Eng
Perai – P Ramasamy
Jawi – H’ng Mooi Lye
Tanjung Bungah – Zairil Khir Johari
Air Putih – Lim Guan Eng
Pulau Tikus – Chris Lee Chun Kit
Padang Kota – Chow Kon Yeow
Pengkalan Kota – Daniel Gooi
Komtar – Teh Lai Heng
Dato Keramat – Jagdeep Singh Deo
Sungai Pinang – Lim Siew Khim
Batu Lanchang – Ong Ah Teong
Seri Delima – Syerleena Abdul Rashid
Air Itam – Joseph Ng
http://www.malaysiagazette.com