Home Politik Tok Pa umum calon boleh menang di Kelantan

Tok Pa umum calon boleh menang di Kelantan

Mustapa yakin barisan calon BN yang diumumkan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Kelantan PRU14 ini boleh menang dan membentuk kerajaan negeri pada 10 Mei.
Mustapa yakin barisan calon BN yang diumumkan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Kelantan PRU14 ini boleh menang dan membentuk kerajaan negeri pada 10 Mei.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kekal menyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau akan mempertahankan Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas, serta bakal dilantik Menteri Besar Kelantan jika Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga kerusi DUN pada 9 Mei ini.

Berucap pada majlis pengumuman calon di Dewan Besar UMNO Kelantan, di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, seramai 28 muka baharu atau 62 peratus daripada 45 calon DUN ditampilkan termasuk lapan calon muda (18 peratus) dan lima calon wanita (11 peratus), manakala bagi Parlimen pula hanya dua muka baharu dan seorang calon muda.

“Proses mengenal pasti dan saringan yang dilakukan ke atas semua 14 calon Parlimen dan 45 calon DUN telah bermula sejak setahun lepas.

“Senarai calon ini adalah hasil input daripada pelbagai pihak termasuk Ketua UMNO Bahagian, Ketua parti komponen, pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Keputusan akhir telah dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Menurut Mustapa, barisan calon itu dianggap yang terbaik diketengahkan BN negeri, merangkumi pimpinan politik, wakil dari setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, pegawai kerajaan, sektor swasta, golongan agama serta pemimpin NGO.

“Saya yakin mereka bukan sahaja mampu untuk menang, tetapi juga dapat melaksanakan amanah dengan baik seandainya diberi kepercayaan oleh rakyat nanti,” katanya.

Berikut senarai penuh calon Parlimen dan DUN Kelantan bagi PRU14;

P019 TUMPAT, Wan Johani Wan Hussin

N01 PENGKALAN KUBOR, Mat Razi Mat Ail

N02 KELABORAN, Hashim Mohamad

N03 PASIR PEKAN, Wan Mohd Sanusi Wan Yunus

N04 WAKAF BHARU, Mohd Rosdi Ab. Aziz

 

P020 PENGKALAN CHEPA, Zaluzi Sulaiman

N05 KIJANG, Wan Shahrul Azuan Wan Ab Aziz

N06 CHEMPAKA, Mohamad Fareez Noor Amran

N07 PANCHOR, Zarina Md. Eusope

 

P021 KOTA BHARU, Fikhran Hamshi Mohd Fatmi

N08 TANJONG MAS, Madihah Ab. Aziz

N09 KOTA LAMA, Chua Hock Kuan (MCA)

N10 BUNUT PAYONG, Mohamed Hasnan Che Hussin

 

P022 PASIR MAS, Nor Azmawi Ab Rahman

N11 TENDONG, Yahaya Mamat

N12 PENGKALAN PASIR, Che Johan Che Pa

N13 MERANTI, Ahmad Anuar Hussin

 

P023 RANTAU PANJANG, Abdullah Mat Yasim

N14 CHETOK, Muhammad Afifi Muhammad Noor

N15 GUAL PERIOK, Ghazali Ismail

N16 APAM PUTRA, Akbar Salim

 

P024 KUBANG KERIAN, Muhamad Abdul Ghani

N17 SALOR, Mohamad Noordin Awang

N18 PASIR TUMBOH, Bakri Yusoff

N19 DEMIT, Nurul Amal Mohd Fauzi

 

P025 BACHOK, Awang Adek Hussin

N20 TAWANG, Mohd Radzuan Abdullah

N021 PANTAI IRAMA, Ilias Husain

N022 JELAWAT, Mohd Radzuan Hamat

 

P026 KETEREH, Annuar Musa

N23 MELOR, Azmi Ishak

N024 KADOK, Mohammad Azam Ismail

N025 KOK LANAS, Md. Alwi Che Ahmad

 

P027 TANAH MERAH, Ikmal Hisham Abdul Aziz

N026 BUKIT PANAU, Dayang Saniah Awang Hamid

N027 GUAL IPOH, Bakri @ Mohd Bakri Mustapha

N028 KEMAHANG, Wan Rakemi Wan Zahari

 

P028 PASIR PUTEH, Asyraf Wajdi Dusuki

N029 SELISING, Zulkifle Ali

N030 LIMBONGAN, Mohd Hanafiah Abdul Aziz

N031 SEMERAK, Zawawi Othman

N032 GAAL, Mohd Kaisan Ab. Rahman

 

P029 MACHANG, Ahmad Jazlan Yaakub

N033 PULAI CHONDONG, Ahmad Tarmizi Ismail

N034 TEMANGAN, Wan Mohd Adnan Wan Aziz

N035 KEMUNING, Eriandi Ismail

 

P030 JELI, Mustapa Mohamed

N036 BUKIT BUNGA, Mohd Adhan Kechik

N037 AIR LANAS, Mustapa Mohamed

N038 KUALA BALAH, Abdul Aziz Derashid

 

P031 KUALA KRAI, Ramzi Ab. Rahman

N039 MENGKEBANG, Zaki Muhammad

N040 GUCHIL, Zuber Hassan

N041 MANEK URAI, Suzaini Adlina Sukri

N042 DABONG, Muhammad Awang

 

P031 GUA MUSANG, Tengku Razaleigh Hamzah

N043 NENGGIRI, Ab Aziz Yusoff

N044 PALOH, Amran Arifin

N045 GALAS, Mohd Syahbuddin Hashim