Home Ekonomi AirAsia tawar tiket sempena Festival Borneo Jazz, RWMF

AirAsia tawar tiket sempena Festival Borneo Jazz, RWMF

KUALA LUMPUR – AirAsia menjalin kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) sebagai salah satu rakan syarikat penerbangan untuk Festival Borneo Jazz di Miri dari 11 hingga 13 Mei 2018 dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) di Kuching dari 13 hingga 15 Julai ini.

Kerjasama ini adalah selaras dengan usaha berterusan AirAsia untuk meningkatkan pengunjung ke Sarawak dengan mempromosikannya kepada 23 negara, yang menjadi operasi syarikat penerbangan itu.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, pada tahun lepas, AirAsia telah menerbangkan kira-kira 4.3 juta orang tetamu ke Sarawak dan kami berharap kerjasama ini akan menggalakkan lebih ramai pelancong ke negeri itu, sekaligus menyumbang kepada 5.25 juta sasaran pelancong ke Sarawak pada tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Mary Wan Mering berkata, pada tahun lalu Sarawak menerima ketibaan 4.43 juta orang pelancong dengan 421,513 daripadanya tiba pada bulan Festival Borneo Jazz dan 406,359 daripadanya tiba semasa Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

Pada tahun ini, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia mensasarkan seramai 20,000 orang pengunjung.

Untuk meraikan kerjasama ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua dari RM79 sehala dari Kuala Lumpur ke Miri dan dari RM129 sehala dari Pulau Pinang, Melbourne, Hong Kong dan lain-lain ke Miri melalui penerbangan Fly-Thru.

Tawaran ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih kami bermula sekarang hingga 30 April 2018 untuk tempoh perjalanan segera hingga 30 September 2018. – MalaysiaGazette

+ posts