KUALA LUMPUR – Beberapa nama besar dalam Barisan Nasional (BN) Johor akan mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU14) akan datang.
Antara nama-nama tersebut ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled ketika membuat pengumuman calon BN Johor sebentar tadi memberitahu, BN akan bertaruh di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Antara pecahan kerusi yang melibatkan parti komponen itu ialah UMNO bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 35 DUN.
MCA meletakkan calon di lapan kerusi Parlimen dan 15 calon bagi DUN.
MIC pula bertanding di satu kerusi Parlimen dan empat DUN manakala, parti Gerakan meletakkan satu calon Parlimen dan 2 calon di kerusi DUN.
Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Gudang dan turut mempertahankan DUN Permas yang dimenangi beliau pada PRU-13.
Pengumuman senarai nama calon Barisan Nasional (BN) negeri untuk bertanding pada PRU-14 dibuat beliau di Ibu pejabat UMNO Johor, di sini sebentar tadi. – MalaysiaGazette