Home Politik Muhyiddin doakan kemenangan calon BN di Pagoh

Muhyiddin doakan kemenangan calon BN di Pagoh

PRU14 Pagoh Calon
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Pakatan Harapan mengenai jaminan terhadap penjawat awam di Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2018

PETALING JAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan kejayaan Barisan Nasional (BN) yang mencalonkan Ismail Mohamed untuk menentangnya di kerusi Parlimen Pagoh pada 9 Mei nanti.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen kawasan itu mengakui pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga exco kerajaan negeri Johor berkemampuan untuk bersaing dengannya.

“Saya doakan Ismail menang lawan saya, tapi saya pun kuat doa juga supaya saya menang, ini kita dalam negara demokrasi, beliau bebas bertanding, menteri besar beliau (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kata nak kalahkan saya.

“Kita bebas bertanding tak payah nak mengata dan masing-masing ada kekuatan.

“Ismail dulu adalah timbalan saya (ketua Umno Bahagian Pagoh) dan saya tak nak memperlekehkan beliau, beliau exco kerajaan negeri, saya (bekas) Timbalan Perdana Menteri dan saya dah lama di situ (Pagoh),” katanya semasa sidang media di Pejabat PPBM hari ini.

BN Johor menerusi Menteri Besarnya, Mohamed Khaled Nordin mengumumkan Ismail sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Pagoh.

Muhyiddin dalam pada itu mendakwa BN mengugut penjawat awam untuk mengundi hanya parti itu pada PRU-14 yang akan datang. – Malaysiagazette

Calon BN Johor diumum, Halimah Sadique pindah ke Kota Tinggi