Home Ekonomi Petronas berjaya hantar LNG kepada S-Oil Corporation

Petronas berjaya hantar LNG kepada S-Oil Corporation

Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. (PLL) berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) pertama ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation) pada Ahad lalu.

Dalam kenyataannya di sini, Petronas berkata, penghantaran itu melambangkan permulaan bekalan oleh PLL kepada S-Oil yang telah dimeterai dalam perjanjian jual beli (SPA) bertempoh 15 tahun.

Di bawah perjanjian tersebut, PLL komited untuk menghantar sehingga 0.7 juta tan LNG setahun kepada S-Oil.

Kargo dihantar dari Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak ke Terminal Posco Gwangyang oleh kapal Puteri Zamrud Satu. – MalaysiaGazette