Pengarah Pemasarannya, Lenny Adam berkata, KR1M menjadi sasaran produk Asianic kerana ia adalah produk mampu milik.
Sebelum ini, produk Asianic sudah pun mendapat tempat di pasar raya besar seperti Giant, Aeon Wellness, Tesco, Guardian, KK Mart serta rangkaian farmasi seperti Constant dan Royel Pharmaniaga.
“Jenama Asianic sentiasa mencari ruang agar jenama ini berada pada sasaran pengguna.
“Asianic telah berbincang dengan semua pasar raya yang mengikuti program KR1M dan mereka akan memberi sokongan agar produk Asianic dikenali dalam kalangan pengguna,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, baru-baru ini.
Sehubungan itu, Leny berkata, pihaknya mensasarkan penambahan jualan antara 20 peratus dan 30 peratus menjelang akhir tahun ini.
Untuk memastikan jenama itu dikenali ramai, pihaknya mengikuti promosi jualan anjuran pasar raya besar.
Leny berkata, dengan harga mampu milik Asianic, beliau yakin pengguna akan membeli dan mencuba produk keluaran syarikatnya yang setanding dengan produk antarabangsa lain.
Sehingga kini, pihaknya sudah mengeluarkan 25 produk jenama Asianic termasuk produk mandian kanak-kanak dan seisi keluarga, selain set mandian bunga sakura, susu beras dan krim halia.
Bagi perancangan masa depan, Wonderland Primary bercadang mengikut lebih banyak pameran di dalam dan luar negara untuk menarik minat peruncit sekaligus memperkenalkan produk Asianic ke pasaran luar. – MalaysiaGazette