
KUALA LUMPUR – Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya pada 9 Mei ini (Rabu) sempena pilihanraya umum ke-14.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, UTC akan dibuka semula pada Khamis, 10 Mei 2018.
Terdapat 14 lokasi UTC di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan 9 Mei adalah hari cuti peristiwa bagi memberi laluan kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pada hari berkenaan. – MalaysiaGazette