Home Ekonomi Bank terima manfaat peningkatan OPR

Bank terima manfaat peningkatan OPR

RHB
RHB

KUALA LUMPUR- Bank-bank secara umumnya mendapat manfaat daripada peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan awal tahun ini, kata RHB Bank.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, bank tersebut menjangkakan pinjaman bakal berkembang lebih baik tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Ini turut disokong oleh aktiviti pasaran modal yang lebih baik.

“Dari segi perniagaan kami percaya tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

“Bank-bank secara umumnya mendapat manfaat daripada kenaikan kadar OPR malah RHB sendiri melihat impak kepada MFRS9,” katanya.

Dalam pada itu, Khairussaleh berkata, sektor pertumbuhan RHB dalam jangka masa terdekat adalah perusahaan kecil dan sederhana serta gadai janji.

Selain itu ia mengunjurkan pertumbuhan lebih baik bagi perniagaan perbankannya di Singapura.

Sejajar dengan itu, RHB katanya sedang merancang untuk melancar satu atau dua aplikasi berpusat untuk pembayaran pinjaman perumaan dan PKS bulan depan.

Tambanya, setakat ini 90 peratus daripada permohonan pinjaman peribadi RHB dilakukan menerusi aplikasi chatbot.-MalaysiaGazette