LIMA – Kadar kemiskinan di Peru naik kepada satu mata peratusan kepada 21.7 peratus akhir tahun lalu buat kali pertama sejak 2001.
Peru telah mengurangkan kadar kemiskinan secara purata kira-kira 4 mata peratusan antara tahun 2006 dan 2012 berikutan kenaikan harga dalam eksport mineral.
Bagaimanapun, eksport sumber asli utama negara itu menyusut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Skandal rasuah besar-besaran dan pertempuran berulang-ulang di antara perundangan dan eksekutif menghalang pelaburan tahun lepas dan menyebabkan bekas presiden Pedro Pablo Kuczynski meletakkan jawatan.
Juga pada tahun 2017, seramai 375,000 warga Peru dimasukkan dalam kategori golongan miskin – kemiskinan yang ditakrifkan oleh agensi statistik Inei sebagai individu berpendapatan 338 sol (AS$105) sebulan.
Seramai 6.9 peratus rakyat Peru dikategori sebagai miskin dengan 44 peratus tinggal di pinggir bandar, kata Inei.
Bagaimanapun, kenaikan dalam kadar kemiskinan pada tahun lalu menyebabkan lonjakan 2.3 mata peratusan di Lima, ibu negara yang dihuni oleh 10 juta penduduk.
“Ia (kenaikan kadar kemiskinan) tidak boleh diterima. Kita telah bekerja keras untuk menanganinya,” kata Presiden Peru, Martin Vizcarra yang menggantikan Kuczynski yang melepaskan jawatannya pada bulan lalu.
Vizcarra berikrar mahu memberi fokus semula kepada perbelanjaan infrastruktur untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang hanya merekodkan 2.5 peratus pada tahun lalu.- MalaysiaGazette