Home Politik Markiman sah bersekongkol dengan pembangkang – Johan

Markiman sah bersekongkol dengan pembangkang – Johan

Pengerusi parti gerakan hulu langàt, M Murthi bersama Johan dan calon Parlimen Hulu Langat, Azman Ahmad.
Pengerusi parti gerakan hulu langàt, M Murthi bersama Johan dan calon Parlimen Hulu Langat, Azman Ahmad.

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Markiman Kobiran dijangka bertanding sebagai calon Pakatan Harapan mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah namanya tidak terpilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz memberitahu tindakan Markiman diketahui melalui pesanan yang dikirim kepada seorang rakan yang rapat dengannya.

“Saya terpaksa berterus terang malam ini bahawa apa yang dilakukan oleh timbalannya itu telah menghilangkan rasa hormatnya kepada Markiman selama ini.

“Ini bukan perkara kecil malah telah mengkhianati parti hanya kerana gagal dicalonkan sebagai wakil ràkyat di kawasan Semenyih,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis memperkenalkan calon BN di Semenyih malam ini.

Jelas Johan, nama Markiman turut disenarai sebagai calon dan dihantar ke perhubungan UMNO negeri tetapi beliau dituduh telah memotong nama Markiman.

“Saya bersumpah tidak memotong nama Markiman tetapi dia salah sangka membuat tuduhan tidak berasas.

“Bukan saya yang buat keputusan dalam menentukan nama calon untuk mewakili BN pada PRU14 ini,” tegasnya.

Menurut Johan, dia berani mengesahkan bahawa Markiman telah pun berurusan dengan parti pembangkang yang mungkin meletakkan dirinya sebagai calon.

“Terserah pàda dia nak buat apa tetapi saya ingin ingatkan semua jentera parti BN supayà tidak terpengaruh dengan kata-katanya yang kini sudah tidak bersama dengan kita lagi;” ujarnya.

Sementara itu, Markiman ketika dihubungi menafikan apa yang diucapkan oleh Johan.

Menjawab soalan kenapa dia tidak hadir ke majlis malam ini, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat itu berkata, dia tidak tahu menahu tentang majlis tersebut.

Ditanya sama ada dia kecewa kerana tidak tercalon, Markiman berkata: “Bila dah tak tercalon, saya malaslah nak keluar rumah. Saya lebih selesa bersama keluargà saya,”. – MalaysiaGazette