NEW DELHI – Seramai 13 murid maut selepas bas sekolah yang dinaiki dirempuh keretapi di Kushinagar, Uttar Pradesh.
Semasa kejadian, bas berkenaan dipercayai melintasi landasan keretapi tersebut.
Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas 24 anak mati ketika bas mereka jatuh ke cerun di negeri Himachal Pradesh.
Setakat ini tidak diketahui jumlah kanak-kanak yang menaiki bas tersebut. – MalaysiaGazette