Beliau berkata, ini kerana SPR melaksanakan undang-undang dan peraturan sedia ada yang telah dibahaskan di Parlimen oleh anggota Parlimen yang merupakan pembuat dasar dan penggubal undang-undang di negara ini.
“Mana mungkin kalau SPR merancang untuk hanya membenarkan kerajaan yang sedia ada terus berkuasa kerana (kerajaan) Barisan Nasional (BN) kehilangan di negeri Kelantan selama 28 tahun, Pulau Pinang, Selangor dan satu ketika kita pernah kehilangan buat sementara waktu di Perak.
“…. bagaimana kalau sebuah suruhanjaya yang bebas begini memihak kepada seseorang, mustahil negeri-negeri itu jatuh ke tangan pembangkang, jadi ketelusan ini harus diterima oleh semua pihak,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek menaik taraf laluan FT069 dari Simpang Empat Hutan Melintang ke Pekan Bagan Datuk dan Persimpangan Bertingkat FT005 – FT069 Simpang Empat Hutan Melintang di sini hari ini. – MalaysiaGazette