Home Politik Shafie kena kawal ‘kemarahan’ penyokongnya di Wangsa Maju – Ali Tinju

Shafie kena kawal ‘kemarahan’ penyokongnya di Wangsa Maju – Ali Tinju

Poster menyokong Shafie yang masih digantung di Wangsa Maju menganggu jentera BN.
Poster menyokong Shafie yang masih digantung di Wangsa Maju menganggu jentera BN.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Shafie Abdullah diminta tampil ‘mententeramkan’ para penyokongnya bagi mengelak berlakunya sabotaj dalam jentera Barisan Nasional (BN).

Presiden NGO No.1 Negara dan Media Tentera Rakyat, Mohd. Ali Baharom menegaskan, usaha itu perlu kerana masih ada suara-suara tidak berpuashati dengan pemilihan wakil MCA, Datuk Seri Yew Teong Look sebagai calon Parlimen Wangsa Maju pada PRU-14.

“Beliau (Shafie) mungkin boleh terima (tidak menjadi calon) namun para pengikutnya didapati masih buat bising.

“Demi BN, kita mahu ahli-ahli UMNO berdiam diri dan terus sokong sesiapa sahaja calon BN yang dipilih pucuk pimpinan,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Mohd Ali Baharom.

Mohd. Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, tinjauan pihaknya mendapati masih ada poster-poster mahu Shafie menjadi calon masih belum diturunkan di Wangsa Maju dan kesal dengan senario yang berlaku.

“Kami ahli MTR bersiap sedia dengan jentera untuk membantu BN Parlimen Wangsa Maju bagi menghadapi PRU-14,” ujarnya.

Selain itu, Ali Tinju juga menyokong tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melantik setiausahanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengetuai jentera PRU-14 Parlimen Wangsa Maju.

Pelantikan itu, menurutnya, wajar bagi melicinkan persediaan menghadapi PRU-14 dan pemilihan calon bukan satu isu besar di Wangsa Maju.

“Usaha pihak pembangkang cuba memecah-belahkan sokongan jentera BN terhadap calon MCA ini dilihat dangkal dan tidak bijak kerana masalah dalaman parti mereka sendiri khusus Pakatan Rakyat dilihat lebih kronik.

“Penyandang kerusi parlimen tersebut, Datuk Yee Kwong tidak akan membantu calon parti itu, Datin Paduka Dr.Tan Yee Kew dan akan mengambil cuti sepanjang kempen. Itu lagi teruk.

“Selesaikan masalah dalaman PKR sendiri, sebelum menyibuk urusan orang lain. BN tidak pernah melatah dengan apa jua isu yang timbul dan apa yang berlaku lebih kepada niat buruk pembangkang yang cuba mengacau-bilaukan keadaan,” jelasnya lagi.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Presiden mtr dan jentera nya pasti akn membantu semmpu
    Tenaga bagi pertahankan barisan nasional.w.maju
    Barisan Nasional dimana mna move move mtr .

Comments are closed.