Home Utama Sivarraajh sah calon Parlimen C. Highlands

Sivarraajh sah calon Parlimen C. Highlands

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh menerima watikah callon BN bagi Parlimen Cameron Highlands dari Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kuantan hari ini.
Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh menerima watikah callon BN bagi Parlimen Cameron Highlands dari Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kuantan hari ini.

KUALA LUMPUR – Nampaknya kerusi Parlimen Cameron Highlands sah milik MIC apabila Datuk C. Sivarraajh tersenarai dalam nama calon-calon Barisan Nasional (BN) Pahang yang diumumkan hari ini.

Sivarraajh merupakan Ketua Pemuda MIC Pusat.

Nama-nama besar dalam senarai BN kekal seperti Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen Bera, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Parlimen Bentong dan Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Bagi Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menjadi calon bagi Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang.

Muka baharu ialah calon Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, calon DUN Kuala Semantan, Norazmi Mat Ludin dan calon DUN Triang, Tang Tin Loon.

Senarai calon BN Pahang:

P78 CAMERON HIGHLANDS – Datuk C Sivarraajh (MIC)
N1 TANAH RATA – Long Tiak Man
N2 JELAI – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO)

P79 LIPIS – Datuk Abdul Rahman Mohamad (UMNO)
N3 PADANG TENGKU – Datuk Mustapa Long (UMNO)
N4 CHEKA – Lee Ah Wong (MCA)
N5 BENTA – Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (UMNO)

P80 RAUB – Datin Paduka Chew Mei Fun (MCA)
N6 BATU TALAM – Datuk Abdul Aziz Mat Kiram (UMNO)
N7 TRAS – Ng Leap Pong (MCA)
N8 DONG – Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin (UMNO)

P81 JERANTUT – Datuk Ahmad Nazlan Idris (UMNO)
N9 TAHAN – Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak (UMNO)
N10 DAMAK – Datuk Natalie Lim Chong Ly (MCA)
N11 PULAU TAWAR – Nazri Ngah

P82 INDERA MAHKOTA – Datuk Dr Johan Mat Sah
N12 BESERAH – Datuk Suhaimi Sulong
N13 SEMAMBU – Quek Tai Seong (MCA)

P83 KUANTAN – Datuk Andrew Wong Kean Hwee (MCA)
N14 TERUNTUM – Tee Choon Ser (MCA)
N15 TANJUNG LUMPUR – Tengku Zulkifli Tengku Ahmad
N16 INDERAPURA – Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif

P84 PAYA BESAR – Mohd Shahar Abdullah (Ketua Pemuda)
N17 SUNGAI LEMBING – Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah
N18 LEPAR – Abdul Rahim Muda
N19 PANCHING – Datuk Mohd Zaili Besar

P85 PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak
N20 PULAU MANIS – Datuk Khairuddin Mahmud
N21 PERAMU JAYA – Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali
N22 BEBAR – Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff
N23 CHINI – Datuk Seri Abu Bakar Harun

P86 MARAN – Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib
N24 LUIT – Nurhidayah Mohamad Shahaimi
N25 KUALA SENTUL – Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
N26 CHENOR – Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail

P87KUALA KRAU – Datuk Seri Ismail Mohamed Said
N27 JENDERAK – Datuk Mohamed Jaafar
N28 KERDAU – Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad
N29 JENGKA – Datuk Wan Salman Wan Ismail

P88 TEMERLOH – Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin
N30 MENTAKAB – Datuk Wong Tat Chee
N31 LANCHANG – Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
N32 KUALA SEMANTAN – Norazmi Md Ludin

P89 BENTONG – Datuk Seri Liow Tiong Lai
N33 BILUT – Jason Poo Mun Hoong
N34 KETARI – Datuk Lau Hoi Keong
N35 SABAI – Datuk R Goonasakaren
N36 PELANGAI – Datuk Seri Adnan Yaakob

P90 BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
N37 GUAI – Datuk Seri Norol Azali Sulaiman
N38 TRIANG – Tan Tin Loon
N39 KEMAYAN – Datuk Mohd Fadil Osman

P91 ROMPIN – Datuk Hasan Arifin
N40 BUKIT IBAM – Datuk Wan Kadri Wan Mahusain
N41 MUADZAM SHAH – Datuk Razali Kassim
N42 TIOMAN – Datuk Seri Mohd Johari Hussain.- MalaysiaGazette