Home Politik Zulhasnan ‘kunci mulut’

Zulhasnan ‘kunci mulut’

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique (kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan pada Majlis Sumbangan Ihya Ramadan Setiawangsa Anjuran Bersama Mubarak Wilayah Persekutuan dan MPP Setiawangsa di perkarangan BCD Cafe, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique masih mengunci mulut kepada media mengenai isu pencalonan beliau di kawasan itu.

Menurut bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat itu, segala kenyataan akan dibuat beliau selepas selesai proses penamaan calon yang dijadualkan Sabtu ini.

“Lepas penamaan calon saya akan beri kenyataan. Banyak media yang mohon saya beri kenyataan, nanti saya beri kenyataan kepada semua.

“(Tunggulah) satu hari je lagi. Maaf (saya tidak boleh beri komen),” katanya selepas hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan Setiawangsa anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Zulhasnan sebelum ini bertemu dengan lebih 300 para pengundi Setiawangsa selama setengah jam.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebelum iniĀ  yakin tidak akan ada unsur sabotaj yang akan dilakukan terhadapnya pada hari pemilihan PRU-14 ini.

Sebelum ini, penyandang kerusi itu Datuk Ahmad Fauzi Zahari menegaskan akan tetap menyokong Zulhasnan sebagai calon dan akur akan keputusan parti.

“Saya ahli parti. Saya akur dengan keputusan parti.

“Paling penting ialah memastikan Barisan Nasional (BN) menang,” katanya Ahad lalu.

Parlimen Setiawangsa menjadi tumpuan selepas ia menjadi satu-satunya kerusi dimana penyandangnya tidak dikekalkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.- MalaysiaGazette