Home Nasional Jentera Jalinan Rakyat mampu tangkis fitnah

Jentera Jalinan Rakyat mampu tangkis fitnah

Datin Seri Rosmah Mansor
Datin Seri Rosmah Mansor
PEKAN  – Jentera Jalinan Rakyat (JR)  mampu menangkis segala dakyah, tohmahan dan tuduhan tidak berasas pembangkang kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Justeru Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, JR bukan hanya berperanan sebagai penghubung antara pemimpin dan masyarakat.

Ini kerana jelas beliau, perkembangan media elektronik pada masa kini menjadikan arena politik kian mencabar yang memerlukan penjelasan agar rakyat iaitu pengundi tahu apa yang betul dan salah.

“Kita semua tahu pelbagai isu yang diputarbelit oleh pembangkang bertujuan melemahkan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Perkara yang paling mustahak semangat kena kuat, kena pandai kawal kalau tak kuat orang akan perkotak-katikkan kita. Begitu juga saya dan Datuk Seri Najib saling memberi semangat dan kekuatan antara satu sama lain,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran JR dan Ramah Mesra anjuran Wanita UMNO Parlimen Pekan di sini hari ini. – MalaysiaGazette