KOTA BHARU – Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa mempersoalkan kenapa Nik Abduh Nik Aziz bertanding calon Pas di Parlimen Bachok dalam PRU-14 ini.
Menurutnya, kenapa Nik Abduh tidak mempertahankan Parlimen Pasir Mas.
“Saya tertanya-tanya tapi Datuk Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung Pas Pusat) sudah jawab. Dia kata Nik Abduh pergi ke Bachok kerana rumah dia di sana dan arwah ayahnya dahulu pun pernah bertanding di Parlimen Bachok.
“Tapi semasa Allahyarham Nik Aziz (Nik Mat) bertanding di Bachok, dia kalah. Adakah Pas mahu melihat Nik Abduh kalah?” soalnya semasa sidang media selepas mengumumkan calon Pakatan Harapan (PH) Kelantan di sini malam tadi.
Dalam masa yang sama, Husam juga mendakwa calon-calon Pas di Kelantan kebanyakan muka lama dan langsung tidak banyak memberi inspirasi kepada rakyat di negeri itu.
Terdahulu, Husam menjadi calon di Parlimen Kota Bharu dan bakal bertembung dengan Takiyudin mewakili Pas.
Husam juga mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor.
Rata-rata calon PH yang diumumkan malam tadi majoritinya dari PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ditanya siapa calon Menteri Besar Kelantan sekiranya PH menang, Husam berkata, mereka ada ramai orang berkelayakan namun ia diputuskan sekiranya PH menjadi kerajaan negeri dahulu.
SENARAI CALON PARLIMEN DAN DUN PRU14 PAKATAN HARAPAN KELANTAN
P019 TUMPAT
– Nordin Salleh (Bersatu)
N01 PENGKALAN KUBOR
– Wan Rosdi Mat Rasik (PKR)
N02 KELABORAN
-Nik Faizah Nik Othman (Amanah)
N03 PASIR PEKAN
– Wan Mohd Johari Wan Omar (Amanah)
N04 WAKAF BHARU
– Mohd Khir Zahari Abdul Ghani (Amanah)
P020 PENGKALAN CHEPA
– Mohamad Ibrahim (Amanah)
N04 KIJANG
-Nasruddin Abdullah (Bersatu)
N06 CHEMPAKA
– Mohammad Omar (Amanah)
N07 PANCHOR
– Mohd Zulhazmi Hassan (Amanah)
P021 KOTA BHARU
-Husam Musa (Amanah)
N08 TANJONG MAS
-Hapidzah Mustakim (Amanah)
N09 KOTA LAMA
– Ab Rashid Ab Rahman (Bersatu)
N10 BUNUT PAYONG
– Sanusi Othman (Amanah)
P022 PASIR MAS
– Che Ujang Che Daud (PKR)
N11 TENDONG
– Wan Mohd Zulkhairi Wan Mohd Zin (Bersatu)
N12 PENGKALAN PASIR
– Shakrani Mohd Naim (Amanah)
N13 MERANTI
-Ali Abdul Rahman Hassan (Amanah)
P023 RANTAU PANJANG
– Wan Shah Jihan Wan Din (Amanah)
N14 CHETOK
– Romizu Ali (Amanah)
N15 GUAL PERIOK
– Mohd Ridzuan Mohamad (Amanah)
N16 APAM PUTRA
– Mohd Hisyamuddin Ghazali (Amanah)
P024 KUBANG KERIAN
– Wan Abdul Halim Yusof (Amanah)
N17 SALOR
– Husam Musa (Amanah)
N18 PASIR TUMBOH
– Mohd Noor Mat Yajid (Amanah)
N19 DEMIT
– Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (Amanah)
P025 BACHOK
– Zulkifli Zakaria (Bersatu)
N20 TAWANG
-Mohd Azihan Che Seman (PKR)
N21 PANTAI IRAMA
– Ismail Ghani (Amanahh)
N22 JELAWAT
– Mohd Fahmi Zakaria
P026 KETEREH
– Mohd Radzi Jidin (Bersatu)
N23 MELOR
– Ab. Aziz Ab Kadir (PKR)
N24 KADOK
– Che Ibrahim Mohamed (Amanah)
N25 KOK LANAS
– Mohd Hanapi Ismail (Bersatu)
P027 TANAH MERAH
– Mohd Fauzi Zakaria
N26 BUKIT PANAU
– Hisyam Fauzi (Amanah)
N27 GUAL IPOH
– Mohd Soba Hussin (Amanah)
N28 KEMAHANG
– Bahari Mohd Noor (Bersatu)
P028 PASIR PUTEH
– Kamaruddin Md Noor (Bersatu)
N29 SELISING
– Ismail Mohamad (PKR)
N30 SEMERAK
– Zarir Yaakob (Amanah)
N31 LIMBONGAN
– Zuhdi Wan Omar (Bersatu)
N32 GAAL
– Abdul Rahman Yakob (Bersatu)
P029 MACHANG
– Sazmi Miah (Bersatu)
N33 PULAI CHONDONG
– Abdul Halim Abdul Kadir (Bersatu)
N34 TEMANGAN
– Redzuan Alias (PKR)
N35 KEMUNING
– Abdul Kadir Othman (Amanah)
P030 JELI
– Azran Deraman (Bersatu)
N36 BUKIT BUNGA
-Asran Alias (Bersatu)
N37 AIR LANAS
– Aminuddin Yaacob (Bersatu)
N38 KUALA BALAH
– Hafidz Rizal Amran (PKR)
P031 KUALA KRAI
– Mohd Yazid Abdullah (Amanah)
N39 MENGKEBANG
– Wan Azlan Ahmad (Bersatu)
N40 GUCHIL
– Mohd Roslan Puteh (PKR)
N41 MANEK URAI
– Mohamed Dahan Mat Ali (Amanah)
N42 DABONG
– Wan Ahamad Fadzil Wan Omar (Amanah)
P031 GUA MUSANG
– Mohd Nor Hussin (Bersatu)
N43 NENGGIRI
– Mohd Othman Yusof (PKR)
N44 PALOH
-Noraini Husain (PKR)
N45 GALAS
-Nasir Dollah (Bersatu).- MalaysiaGazette