Home Utama Mujur juruterbang kesan kerosakan awal pesawat – Mahathir

Mujur juruterbang kesan kerosakan awal pesawat – Mahathir

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Mahathir Mohamad mendakwa bernasib baik kerana masih terdapat individu yang masih mahu menolong beliau dengan meminjamkan pesawat mereka.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Mahathir Mohamad mendakwa bernasib baik kerana masih terdapat individu yang masih mahu menolong beliau dengan meminjamkan pesawat mereka.

ALOR SETAR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat yang dinaiki mengalami kerosakan dan mujur juruterbangnya dapat mengesan awal masalah tersebut bagi mengelak berlaku insiden tak diingini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau terpaksa menukar pesawat pada saat akhir dan bernasib baik ada rakannya sanggup meminjamkan bagi menerbangkannya ke Langkawi untuk penamaan calon esok.

“Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas,” kata beliau.

Menurut Mahathir, beberapa individu dihubunginya untuk meminjam pesawat namun mereka menolak dan mendakwa terdapat arahan pihak tertentu yang melarang daripada berbuat demikian.

“Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, kami terbang ke Langkawi menggunakan pesawat ke Singapura dan kami memujuk untuk menggunakan pesawat tersebut dan mereka membatalkan penerbangan ke Singapura, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis hari ini dan penamaan calon esok,” katanya.

Mahathir mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Penamaan calon akan bermula pada esok dan hari mengundi adalah 9 Mei depan. – MalaysiaGazette