Home Nasional Azmin ditentang Pas, BN di Gombak

Azmin ditentang Pas, BN di Gombak

Mohamed Azmin Ali (empat kiri) bersama calon Pakatan Harapan N.16 DUN Sungai Tua, Amiruddin Shaari (dua kanan), calon Pakatan Harapan N.17 DUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham (tiga kanan) dan calon Pakatan Harapan N.18 DUN Hulu Kelang, Saari Sungib (tiga kiri) mengangkat tangan ketika tiba di hadapan Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 28 APRIL 2018.

GOMBAK – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili PKR akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahim Pandak Kamaruddin dan Khairil Nizam Khirudin dari Pas.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amirul Azizan Abdul Rahim sebentar tadi.

Manakala salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya pula iaitu Sungai Tua pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan kehadiran calon Bebas, Badrul Hisham Md Zin, BN Datuk N. Rawisandran (BN), Amiruddin Shaari (PKR) dan Muhammad Ibrahim (Pas).

DUN Gombak Setia dan Hulu Kelang masing-masing berdepan dengan tiga penjuru.

Calon BN di DUN Gombak Setia ialah Datuk Megat Zulkarnain Omardin Hilman Idham (PKR) dan Hasbullah Mohd Ridzwan (Pas).

DUN Hulu Kelang pula Ismail Ahmad mewakili BN, Saari Sungip (PKR) dan Kamalulhysham Mohd Suhut (Pas).

Kata Amirul Azizan kesemua calon sah bertanding tanpa ada apa-apa halangan.

“Kesemua calon sah bertanding setelah disemak dan hari mengundi awal akan jatuh pada 5 Mei,” katanya ringkas selesai proses penyerahan borang dari calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak.- MalaysiaGazette