BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sah dicabar dua lagi calon pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) Parlimen Bagan Datuk pada 9 Mei depan.
Ahmad Zahid, yang menyandang kerusi itu sejak 1995 mengemukakan kertas pencalonannya pada jam 9.05 pagi.
Beliau selesai menyerahkan borang pencalonan tepat jam 9.16 pagi.
Kedua hadir adalah calon PKR, Pakhrurrazi Arshad selang 5 minit selepas itu.
Beliau ditemani pencadang, Ariffin Mahfooz dan penyokongnya Shahrisam Mohd Amin.
Ahmad Zahid juga turut ditentang calon Pas, Ata Abdul Muneim Hasan Adli yang selesai menyerahkan borang pencalonan tepat jam 9.25 pagi.
Turut mengemukakan borang pencalonan ialah calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya daripada BN tepat jam 9.02 pagi.
Selang beberapa minit calon PKR, Hatim Musa menyerahkan borang penamaan beliau manakala calon Pas, Mohd Mohkheri Jalil tepat jam 9.31 pagi.
Bagi DUN54, Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi daripada BN turut menyerahkan borang pencalonan diikuti G Manivannan daripada PKR jam 9.17 pagi.
Manivannan selesai menyerahkan borang sebagai calon DUN Hutan Melintang tepat jam 9.42 pagi.
Terakhir menyerahkan borang adalah calon Pas, Mohd Misbahul Munir Masduki jam 9.45 pagi.
Kesemua borang pencalonan diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Hamzah Hussin untuk saringan Jabatan Insolvensi dan SPRM. – MalaysiaGazette