Home Nasional Penyokong BN, Pas mengatasi Pakatan di kerusi Mukhriz tanding

Penyokong BN, Pas mengatasi Pakatan di kerusi Mukhriz tanding

JITRA – Jumlah penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas lebih jauh mengatasi penyokong Pakatan Harapan (PH) yang berkumpul di pusat penamaan calon Jerlun walaupun kerusi tersebut akan ditandingi Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Penyokong BN lebih awal tiba di pusat penamaan calon dan mereka berarak masuk secara berkumpulan pada jam 8.30 pagi ke padang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.

Selang beberapa minit kemudiaan, penyokong Pas pula bergerak masuk ke padang dan penyokong PH yang terakhir berarak masuk ke padang sekolah tersebut.

Penyokong BN memakai baju biru, Pas pula berbaju hijau dan Pakatan pula berbaju merah.

Seorang anggota polis memberitahu media anggaran jumlah penyokong BN dan Pas sekitar 500 orang dan PH pula sekitar 300 orang.

Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jerlun, Subhi Abdullah mengumumkan kaunter penyerahan borang penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi dan akan ditutup pada jam 10 pagi.

Calon-calon dilihat ada yang sudah memasuki dewan menyerahkan borang dan Mukhriz belum tiba kerana difahamkan menyerahkan borang penamaan calon bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra di pusat penamaan calon terletak tidak jauh dari pusat penamaan calon Jerlun. 

Keadaan di padang kelihatan tenang dengan penyokong parti masing-masing duduk dan bersorsk secara santai tanpa ada provokasi luar kawalan. – MalaysiaGazette