Home Nasional Pertandingan 5 penjuru di Parlimen Pandan

Pertandingan 5 penjuru di Parlimen Pandan

Dari kiri; Calon bebas, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Jenice Lee Ying Ha, calon PAS, Mohamed Sukri Omar dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Leong Kok Wee bergambar bersama selepas dengan pengumuman rasmi bertanding kawasan P.100 Pandan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.100 Pandan, Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Parlimen Pandan menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam PRU-14 termasuk seorang calon bebas.

Presiden Pakatan Harapan (PH) yang juga calon pakatan pembangkang itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Leong Kok Wee.

Selain itu, Pas meletakkan calonnya, Mohamed Sukri Omar manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili oleh Janice Lee.

Seorang lagi calon bebas yang menggunakan logo rumah, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Bagaimanapun, blogger kontroversi, Papagomo yang sebelum ini berminat bertanding tidak hadir pada penamaan calon.

Bagi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah yang dahulunya dikenali DUN Chempaka, Datuk Iskandar Samad yang juga Naib Presiden Pas dicabar dua lagi calon lain.

Kedua-duanya ialah calon BN merangkap Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Mohd. Haniff Koslan dan calon PH, Ir. Izham Hashim.

Bagi DUN Teratai, calon BN diwakili Liew Pok Boon, calon PH ialah Brian Lai, calon Pas ialah Mohd. Imran Abdul Wahab dan Janice dari PRM.

Janice pernah menjadi ADUN Teratai semasa beliau dalam DAP.- MalaysiaGazette