Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata dalam kejadian 7.30 malam itu, Md Zahar Md Ali, 38 dan anaknya Muhammad Faris, 7, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Firdaus, 9, cedera parah di kepala.
Kejadian berlaku ketika tiga sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke kampung di Baling, Kedah bagi menziarahi ibu bapa Md Zahar yang tidak sihat, katanya dalam kenyataan, di sini.
Beliau berkata kemalangan itu disedari oleh seorang lelaki yang menemui anak mangsa di tepi jalan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
“Anak mangsa memberitahu bapa dan adiknya terjatuh ke dalam gaung. Mayat kedua-dua mangsa berjaya dibawa naik dari gaung berkenaan masing-masing pada 10.25 dan 11.40 malam, ” katanya.
Menurutnya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh manakala kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat pada 10 pagi tadi.
Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. – MalaysiaGazette